Profil Jabatan
  Laman Utama
  Sekapur Sirih
  Sejarah
 Fungsi Jabatan JPBD
 Struktur Organisasi
  TPOR
  FAQs

JPBD

SEJARAH

Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) pada mulanya ditahun 1967 dikenali sebagai Bahagian Perancang Bandar dibawah Jabatan Kemajuan dan beroperasi dibangunan Setia Usaha Kerajaan (SUK).

Setelah melalui arus pembangunan dan dengan adanya Rancangan Kemajuan Negara 5 tahun, Perancang Bandar mula dianggap mustahak bagi mempastikan arah dan tujuan pembangunan fizikal negara. 

Berikutan dengan itu, pada 1hb Januari 1972, JPBD pun ditubuhkan. Mr. S. Litherland adalah merupakan Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa (PPBD) yang pertama dan beliau ketika itu dibantu oleh 6 orang kakitangan sahaja dalam menjalankan kerja-kerja perancangan disebuah pejabat diJalan Kumbang Pasang. Pada 19hb September dalam tahun yang sama Town and Country Planning Order (TCPO) telah diwujudkan bertujuan bagi mengawal kemajuan fizikal dan mempastikan kemajuan berjalan dengan teratur.

Dengan termaktubnya Town and Country Planning Order (TCPO) 1972, JPBD memainkan peranan yang penting dalam mengawal kemajuan khususnya bagi kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan Kemajuan. Selain itu beberapa skim perancangan juga telah diungkayahkan diantaranya Muara Planning Scheme dan Gadong Planning Scheme. 

Dibawah TCPO section 4, dua Pihak Berkuasa telah ditubuhkan iaitu Development Control Competent Authority (DCCA) dan Subdivision Control Competent Authority (SCCA) yang dipengerusikan oleh PPBD. Sehingga kini DCCA masih dipengerusikan oleh PPBD, manakala pengerusi SCCA pula telah pun dimandatkan kepada Juruukur Agong bermula 1hb Januari 1996.

Pada tahun 1979, Awg Ibrahim bin Hj Mat Yassin (sekarang Dato Paduka Hj Ibrahim bin Hj Mat Yassin) seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya telah dilantik bagi menjawat jawatan PPBD. Kemudian dalam tahun 1983 JPBD berpindah lagi kebangunan milik Jabatan Kerja Raya diLapangan Terbang Lama, Berakas. Pada tahun yang sama juga Bahagian Lanskap ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan dalam mengindahkan alam sekitar.

Dengan pencapaian kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984, JPBD ditadbir dibawah Kementerian Pembangunan. Manakala JPBD bahagikan kepada 5 bahagian iaitu, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Kawalan Kemajuan, Bahagian Perancangan Setempat dan Bahagian Lanskap. 

Pada tahun 1985 Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan bagi penyediaan Pelan Induk Kebangsaan (National Master Plan). Penyediaan pelan tersebut diselenggarakan oleh pihak konsultan antarabangsa dan dipengerusikan oleh PPBD. Pelan tersebut selesai disediakan pada penghujung tahun 1987.

Pada awal tahun 1990an JPBD banyak menumpukan perhatian dalam penyediaan Pelan Perancangan Setempat (Local Plans) yang diluluskan dibawah Rancangan Kemajuan Negara ke-6. Pada bulan Nobember 1994 Awg. Hj Idris bin Hj Belaman yang dulunya pernah menjawat jawatan Timbalan PPBD telah dilantik menjawat jawatan PPBD menggantikan Dato Paduka Hj Ibrahim bin Hj Mat Yassin yang berpindah menjadi Pengarah Kemajuan Perumahan.

Mulai 1hb March 1997, JPBD mengalami berubahan besar dalam struktur pentadbirannya. Sehingga kini JPBD terbahagi kepada; Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan Pembangunan, Bahagian Kemajuan Daerah dan Bahagian Maklumat Perancangan. Manakala cawangan JPBD didaerah Belait dan Tutong beroperasi sepenuh masa dan ditadbir dibawah Bahagian Kemajuan Daerah. 

Pada 17hb September 1997 JPBD berpindah kebangunan baru yang ada sekarang. Satu lagi detik bersejarah ialah pada 25hb Nobember 1997 dimana JPBD telah mengadakan sambutan Jubilee Perak penubuhannya.

Bahagian

Bahagian  Kemajuan Daerah (BKD)
Bahagian Maklumat Perancang (BMP)
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Perancangan Pembangunan (BPP)
Bahagian  Perancangan Strategik (BPS)


Pilihan

  Berita?
Makluman
  Aktibiti JPBD
  Kalendar JPBD
  Buku Garispanduan
Cawangan Kami
 Temburong  Belait
Tutong
Hubungi JPBD
 Sila Hubungi Kami





 
 
Home | Goverment | Ministries & Departments | About Brunei | OnLine News | Important Contacts | Feedback
All rights reserved © Copyright Town & Country Planning 2008