Maklumat Semasa

Back
1
2
3
4
Next..
 

PERATURAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (KAWALAN IKLAN) 2008 AKAN BERKUATKUASA PADA 1HB JULAI 2008

 
 

Peraturan Kawalan Iklan yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Seksyen 5(1) dibawah Akta Perancang Bandar dan Desa (Kawalan Kemajuan) 1972 akan berkuatkuasa mulai 1hb Julai 2008.  Peraturan ini akan menjadi rangkakerja perundangan bagi mengawal iklan.  Dengan berkuatkuasanya peraturan ini seluruh kawasan Negara Brunei Darussalam, kecuali kawasan-kawasan Lembaga Bandaran akan berada dibawah bidangkuasa Pihak Berkuasa Yang Layak Kawalan Iklan (PBYLKI) atau ‘Advertisements Control Competent Authority’ (ACCA). Pengistiharan kawasan kawalan iklan dan penubuhan PBYLKI ini telah masing-masing dibuat dibawah peruntukkan Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) dari Akta Perancang Bandar dan Desa 1972.

Di bawah Seksyen 3 dari Peraturan ini, tiada seseorang pun dibenarkan untuk mempamerkan iklan dan papan tanda tanpa mendapat kebenaran bertulis dari PBYLKI terlebih dahulu.

Sehubungan dengan itu, semua syarikat-syarikat pengiklanan dan “qualified Persons” adalah dinasihatkan untuk menghadapkan permohonan pemasangan iklan dan papantanda bagi kawasan yang termasuk dibawah kawalan PBYLKI, ke Jabatan Perancang Bandar dan Desa selaku Pengerusi PBYLKI sebelum mana mana iklan dan papantanda dipasang. Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat-syarikat Pengiklanan untuk mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa dan memastikan iklan-iklan yang hendak dipasang mempunyai catitan bilangan rujukan dan tarikh kebenaran dan mansuh serta nama syarikat pengiklanan berkenaan pada setiap iklan-iklan (kain-kain rentang, pisang-pisang, ‘billboards’, “sky signs”) yang dipasang.  Ini adalah bagi memudahkan PBYLKI membuat pemantauan.

Dibawah Seksyen 6 dari Peraturan ini, setiap iklan yang memerlukan kebenaran adalah di kenakan bayaran mengikut saiz dan jenis iklan.

Pengerusi PBYLKI juga meminta supaya semua syarikat-syarikat pengiklanan menghadapkan profil syarikat masing-masing serta nama-nama wakil syarikat berkenaan yang akan diberi kuasa untuk menghadapkan dan mengendalikan permohonan iklan ke JPBD sebelum 1hb Julai 2008. 

Sementara itu, syarikat-syarikat pengiklanan juga diminta untuk menghadapkan ke Jabatan Perancang Bandar dan Desa salinan surat kebenaran yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Jabatan Daerah bagi iklan-iklan yang telah dipasang sebelum 1hb Julai 2008.  Bagi iklan-iklan yang telah dipasang tanpa kebenaran Jabatan Jabatan berkenaan, semua syarikat-syarikat pengiklanan adalah dinasihatkan untuk menghadapkan permohonan dan mendapatkan kebenaran dari PBYLKI sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

Seksyen 11 dari peraturan ini juga memberi kuasa kepada PBYLKI untuk membuka iklan, mengeluarkan notis dan mengenakan tindakan penguatkuasaan bagi iklan iklan yang didapati melanggar peraturan ini.  Sesiapa yang didapati bersalah boleh didendakan tidak melebihi $10,000.

!PDF File   KembaliInfo Semasa


:: ::

 
 
 
Home | Goverment | Ministries & Departments | About Brunei | OnLine News | Important Contacts | Feedback
All rights reserved © Copyright Town & Country Planning 2008