Kawalan Iklan 2008 telah disediakan oleh Jabatan Perancang
Bandar dan Desa Seksyen 5(1) dibawah Akta Perancang Bandar dan Desa
(Kawalan Kemajuan) 1972 akan berkuatkuasa mulai 1hb Julai 2008 yang mana penguatkuasaan Peraturan Kawalan Iklan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Kawalan Kemajuan) 1972 mulai 1 Julai ini.
Di bawah Seksyen 3 dari Peraturan ini, tiada seseorang pun dibenarkan untuk
mempamerkan iklan dan papan tanda tanpa mendapat keben bertulis
dari PBYLKI terlebih dahulu.
Sehubungan dengan itu, semua syarikat-syarikat pengiklanan dan “qualified
Persons” adalah dinasihatkan untuk menghadapkan permohonan
pemasangan iklan dan papantanda bagi kawasan yang termasuk dibawah
kawalan PBYLK.
Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat-syarikat Pengiklanan untuk mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa dan memastikan
iklan-iklan yang hendak dipasang mempunyai catitan bilangan rujukan dan
tarikh kebenaran dan mansuh serta nama syarikat pengiklanan.
Seksyen 6 peraturan berkenaan menetapkan setiap iklan yang memerlukan kebenaran akan dikenakan bayaran mengikut saiz dan jenis iklan.
Seksyen 11 dari peraturan ini juga memberi kuasa kepada PBYLKI untuk
membuka iklan, mengeluarkan notis dan mengenakan tindakan
penguatkuasaan bagi iklan iklan yang didapati melanggar peraturan ini.
Sesiapa yang didapati bersalah boleh didendakan tidak melebihi $10,000. |